Missing Them

Missing Them
:)

Wednesday 1 February 2012

7 Eleven. Finally ! haha

Setelah hampir dua bulan aku "mengemis" pekerjaan, akhirnya dapat jugak panggilan suruh aku datang interview daripada pihak 7 Eleven  Tanjung Malim. Pada mulanya dia suruh aku datang hari Isnin (30 Jan 2011) pukul 10.40 a.m tapi aku mintak kebenaran nak datang lewat sikit sebab ade driving lesson dekat Pusat Latihan Memandu Wawasan P.S Naidu, Behrang Ulu. Lepas tu, aku terfikir pulak. Siapa boss? Aku ke dia? Suka-suka hati aku je tetapkan masa. Haha. So, pagi 30 haribulan tu aku decide nak datang driving lesson awal. Habis awal, boleh interview awal. Aku pun tunggang motosikal daripada Pusat Latihan Memandu tu terus menuju ke 7 Eleven Tanjung Malim. Sesampainya aku di situ, jam menunjukkan waktu pukul 10.20 a.m. Perghh. 20 minit lagi awal daripada manager dia. Sampai kebas kaki nak tunggu manager dia sampai pulak. haihh. Sesampainya manager dia, dia terus panggil seorang bro ni masuk dalam untuk interview. Aku pun tunggu lah kat luar dulu. Tak sampai 5 minit bro tadi keluar balik sambil memegang plastic bag yang berisi baju rasmi 7 Eleven. Chehh. Pakai cable rupanya. Tak guna betul. Nak buat macam mana, rezeki dia. Haha. Lepas dia keluar, turn aku pulak masuk. Berdebar jugak lah. Tapi aku dah set mind untuk stay cool. Bila dah masuk, aku pun terus duduk atas kerusi depan manager 7 Eleven tu. Dia tanya aku, samada aku pernah ada pengalaman bekerja atau belum. Aku jawablah belum sebab aku memang belum pernah bekerja. Haha. Lepas tu, aku langsung tak bercakap sepatah haram pun. Semuanya manager tu je yang cakap sampai tak henti-henti. Dia langsung tak ajukan soalan apa-apa lepas tu. Die terus je bercakap mengenai gaji, komitmen kerja, dan segala macam perkara mengenai pengurusan 7 Eleven yang aku langsung tak berapa nak faham. Aku pun angguk-angguk je lah sebab itu je yang aku mampu buat. Bila dah habis, aku pun keluar dari pejabat dia. Dia cakap kalau aku dah confirm dapat kerja kat situ, dia akan call. Aku pun terus melangkah keluar dari 7 Eleven tu.. Haha. Petang tu, aku pun macam biasa lah. Rutin harian aku untuk minggu tu sememangnya menghadiri kelas memandu. Pukul 2.00 p.m aku dah terpacak depat pejabat Mr. Naidu tu. Lepas semua gedebak-gedebuk, aku pun pulang ke rumah lebih kurang pukul 4.30 p.m. Sebaik sahaja aku selesai menukar pakaian, aku mendapat panggilan telefon daripada nombor yang aku langsung tak kenal. Dengan nada cuak bercampur hairan, aku pun jawab panggilan tu. "Hello, ini panggilan daripada 7 Eleven Tanjung Malim, boleh saya bercakap dengan Hafidz Shafiee?". Sayup suara kedengaran daripada hujung talian. Aku pun jawablah, "Ya, saya bercakap.". "Adik, boleh tak adik masuk kerja 1 hb Febuari?". Dia tanya aku. "Err. 1 feb saya ada test JPJ lah kak.", jawabku. "Kalau macam tu, adik datang 3 Febuari lah.", katanya. "Ok, pukul berapa saya kena masuk kerja kak?", tanyaku lagi. "Lepas solat Jumaat.", katanya. "Ok. Terima kasih, kak.", balasku. Lepas tu, aku terus tersenyum sendiri. Perghh! Firts time dapat kerja bhaii. Akhirnya, berakhir juga status aku sebagai seorang penganggur tetap. Haha. So, 3 Febuari adalah tarikh paling special bagi aku kerana tarikh tu merupakan tarikh aku memulakan kerja yang pertama. Yahoo!