Missing Them

Missing Them
:)

Friday 1 June 2012

all right then . dah bapo lamo den tak update blog . punyo lah lamo . haha . skali skalo nak gak update blog. haha . ni haa . nak koba an .. den dapek UiTM Tapah . ado tak sesapo laie yang dapek ? 2Jun wooo . den dapek Diploma Sains Komputer . Punyo lah hepi lak an . sampai masalah datang pun den tak poghasan . LUPO NAK APPLY PTPTN!!! . alangkah bengong eh . kalau abah den tu kayo takpo gak . ni kojo jaga (security guard). gaji eh tak sampai RM2000 cam mano nak sponsor den poie bolaja ??? haihhh . tarikh tutup ptptn 30/05/2012 . den apply 01/06/2012 . po bondo nak apply laie . seb baik la dapek apply yang klompok 2 punyo . kalau tak . mongango yo abah den uh . haha . nampak eh , den dapek duit ptptn lambat sobulan . makan pasir yo la sobulan nak nunggu an duit ptptn tuh . haihhh . apopun , den ucap an tahniah kek sapo2 yang dapek sambung bolaja . yang tak dapek tu , boleh cubo apply tingkatan 6 . Insya-Allah, rezeki ado yo kek memano . buek leklok . kalau lopeh STPM , buleh la sambung bolaja laie . samo2 lah kito doa kan . amin~~ 












dahdah . den maleh nak taip laie . buek lotih yo . bukan ghamai oghang nak baco pun . boghapo ghamai na oghang yang follow blog den ni ha . tak sampai doploh oghang pun . biaso la . den bukan eh hotstufffffffffff cam kongkawan den yang lain . haha . ok lah . ma'assalamah , wailalliqa' ,wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum waramatullahi wabarakatuh 

Wednesday 1 February 2012

7 Eleven. Finally ! haha

Setelah hampir dua bulan aku "mengemis" pekerjaan, akhirnya dapat jugak panggilan suruh aku datang interview daripada pihak 7 Eleven  Tanjung Malim. Pada mulanya dia suruh aku datang hari Isnin (30 Jan 2011) pukul 10.40 a.m tapi aku mintak kebenaran nak datang lewat sikit sebab ade driving lesson dekat Pusat Latihan Memandu Wawasan P.S Naidu, Behrang Ulu. Lepas tu, aku terfikir pulak. Siapa boss? Aku ke dia? Suka-suka hati aku je tetapkan masa. Haha. So, pagi 30 haribulan tu aku decide nak datang driving lesson awal. Habis awal, boleh interview awal. Aku pun tunggang motosikal daripada Pusat Latihan Memandu tu terus menuju ke 7 Eleven Tanjung Malim. Sesampainya aku di situ, jam menunjukkan waktu pukul 10.20 a.m. Perghh. 20 minit lagi awal daripada manager dia. Sampai kebas kaki nak tunggu manager dia sampai pulak. haihh. Sesampainya manager dia, dia terus panggil seorang bro ni masuk dalam untuk interview. Aku pun tunggu lah kat luar dulu. Tak sampai 5 minit bro tadi keluar balik sambil memegang plastic bag yang berisi baju rasmi 7 Eleven. Chehh. Pakai cable rupanya. Tak guna betul. Nak buat macam mana, rezeki dia. Haha. Lepas dia keluar, turn aku pulak masuk. Berdebar jugak lah. Tapi aku dah set mind untuk stay cool. Bila dah masuk, aku pun terus duduk atas kerusi depan manager 7 Eleven tu. Dia tanya aku, samada aku pernah ada pengalaman bekerja atau belum. Aku jawablah belum sebab aku memang belum pernah bekerja. Haha. Lepas tu, aku langsung tak bercakap sepatah haram pun. Semuanya manager tu je yang cakap sampai tak henti-henti. Dia langsung tak ajukan soalan apa-apa lepas tu. Die terus je bercakap mengenai gaji, komitmen kerja, dan segala macam perkara mengenai pengurusan 7 Eleven yang aku langsung tak berapa nak faham. Aku pun angguk-angguk je lah sebab itu je yang aku mampu buat. Bila dah habis, aku pun keluar dari pejabat dia. Dia cakap kalau aku dah confirm dapat kerja kat situ, dia akan call. Aku pun terus melangkah keluar dari 7 Eleven tu.. Haha. Petang tu, aku pun macam biasa lah. Rutin harian aku untuk minggu tu sememangnya menghadiri kelas memandu. Pukul 2.00 p.m aku dah terpacak depat pejabat Mr. Naidu tu. Lepas semua gedebak-gedebuk, aku pun pulang ke rumah lebih kurang pukul 4.30 p.m. Sebaik sahaja aku selesai menukar pakaian, aku mendapat panggilan telefon daripada nombor yang aku langsung tak kenal. Dengan nada cuak bercampur hairan, aku pun jawab panggilan tu. "Hello, ini panggilan daripada 7 Eleven Tanjung Malim, boleh saya bercakap dengan Hafidz Shafiee?". Sayup suara kedengaran daripada hujung talian. Aku pun jawablah, "Ya, saya bercakap.". "Adik, boleh tak adik masuk kerja 1 hb Febuari?". Dia tanya aku. "Err. 1 feb saya ada test JPJ lah kak.", jawabku. "Kalau macam tu, adik datang 3 Febuari lah.", katanya. "Ok, pukul berapa saya kena masuk kerja kak?", tanyaku lagi. "Lepas solat Jumaat.", katanya. "Ok. Terima kasih, kak.", balasku. Lepas tu, aku terus tersenyum sendiri. Perghh! Firts time dapat kerja bhaii. Akhirnya, berakhir juga status aku sebagai seorang penganggur tetap. Haha. So, 3 Febuari adalah tarikh paling special bagi aku kerana tarikh tu merupakan tarikh aku memulakan kerja yang pertama. Yahoo!

Saturday 21 January 2012

Once Upon A Time ...

Harini nak citer sikit pasal zaman kecik-kecik dulu . Sedang aku asyik maen FB, tetibe je teringat-ingat zaman budak-budak dulu . Bukan aku sahaja, malah aku percaya semua kanak-kanak pun sama . haha . Bila dah besar, kelakar pulak rasanya . haihh . Antara benda-benda yang selalu budak-budak buat sewaktu kecil :



Sakit Perut :

Bila perut memulas nak terb*rak, kebiasaannya budak-budak akan menyorok di penjuru rumah dan langsung tidak bercampur dengan orang lain. Di saat ini, budak-budak akan cuba sedaya upaya mereka untuk tahan tahi najis daripada terkeluar. Sehingga satu tahap, si budak-budak akan secara tiba-tiba menggigil sendirian . aku ingat aku je macam ni. Rupa-rupanya sekarang pun masih ada berlambak budak-budak yang berperangai macam ni. Hahahahahaha



Tengok Ultraman :

Budak-budak mudah terpengaruh dengan cerita Ultraman. Selalunya apabila watak Ultraman di dalam TV bertarung dengan raksasa, budak-budak akan turut sama mengeluarkan sound effects sebagai simbolik menyokong Ultraman membanteras makhluk asing. Bila dah habis cerita, budak-budak akan bingkas bangun dan melakonkan semula gaya dan perbuatan Ultraman menentang makhluk asing. Sekarang ni pun masih berlambak budak-budak berperangai sedemikian.



Keropok Bika :

Kalau dapat keropok Bika, memang budak-budak akan happy tahap nak terjun sungai lah katakan. Punya lah seronoknya dapat keropok berharga 3 kupang tu macam menang trofi lumba lari 3000 meter berhalangan.
Lepas tu makan tak sampai 5 minit pun dah habis. Bila dah habis, budak-budak akan pujuk mak bapak untuk belikan lagi keropok Bika untuknya. Kalau mak bapak tak nak belikan, budak-budak akan merajuk. begitulah seterusnya. Macam-macam. Haihh.



Duit raya :

Kalau budak-budak dapat duit raya, biasanya akan dicanang seluruh kampung bahawa dia dapat duit raya. Padahal RM1 je. Takdelah banyak mana. Kemudian, budak-budak akan mengumpulkan seluruh sahabat handainya dan bergerak secara rombongan untuk mengutip duit raya dari rumah ke rumah tanpa perasaan segan silu. Lepas letih bekerja keras seharian, budak-budak ini akan pulang ke rumah masing-masing dan mengira duit raya yang dikumpulkan. Pada keesokan hari, mereka akan membandingbezakan jumlah wang terkumpul yang berada dalam tangan mereka. Wang-wang itu kemudiannya akan digunakan untuk beli mercun ataupun bunga api. Hahahaha



Tonton gusti :

Budak-budak memang suka menonton rancangan gusti. Antara ahli gusti yang terkenal pada masa dahulu ialah The Rock, Hulk Hogan, Big Show, Brock Lesnar, Chris Benoit, Rey Mysterio 619, dan macam-macam lagi lah. Budak- budak akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang ditonjolkan lalu mendorong mereka untuk melakukan aksi sama di rumah walaupun telah diberi amaran : Please, don't try this at home. Tapi biasa lah. Nama pun budak-budak kan. Sentiasa suka mencuba sesuatu yang baru. Kebiasaannya, katil akan dijadikan arena gusti mereka bersama-sama adik-adik ataupun saudara-mara. Selagi tak patah, selagi itulah mereka bergusti. Bila dah patah, masing-masing berdiam diri. Macam-macam lah skill yang pelik-pelik akan ditonjolkan oleh budak-budak semasa bergusti. Hahahaha.




Segelintir daripada remaja masa kini kerap kali melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan di atas. Hahahaha. Namun, hal-hal di atas adalah normal bagi kanak-kanak yang membesar. Tapi, kalau dah jadi bapak orang pun masih berperangai sedemikian, maknanya mentalnya ada sikit loose lah tu. Hahahaha. Renung-renungkan.



Imagination helps us to stay alive :)
-xz77-

Wednesday 18 January 2012

Alasan nak ponteng sekolah. Macam biasa lah.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang nak ponteng sekolah akan menggunakan pelbagai alasan untuk ke klinik. Dengan ini, mereka tidak perlu mengikuti aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan cuti sakit (MC) daripada doktor dengan mudah kerana lakonan mereka menjadi. Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :


  1. Sakit perut
  2. Sakit kepala
  3. Demam (padahal badan tak panas langsung)
  4. Selsema teruk (walhal hanyalah selsema biasa)
  5. Sakit lutut
  6. Sakit tumit
  7. Sakit mata (sebenarnya mata merah disebabkan tak cukup tidur)
  8. Cirit-birit (sambil menunjukkan muka yang lemah dan tidak bertenaga kononnya
  9. Muscle pain
  10. Dan macam-macam lagi lah penyakit pelik-pelik berdasarkan kreativiti sendiri.


Dengan alasan yang dikemukan seperti yang dinyatakan di atas. Pelajar-pelajar yang malas bersekolah dengan mudah dapat ponteng sekolah. Setelah pulang dari klinik, mereka akan berehat di sickbay dan menunggu waktu persekolahan tamat. Apabila tiba waktu riadah, pelajar-pelajar yang tidak sihat inilah yang paling aktif bermain bola sepak ataupun ragbi di padang. Kebiasaannya hal-hal sedemikian berlaku terhadap pelajar-pelajar lelaki. Apapun, terdapat juga segelintir pelajar yang lebih berani untuk langsung tidak masuk ke kelas dan tidur di asrama. Apabila ditanya mengapa tidak mahu ke kelas, mereka akan mengatakan bahawa hari ini mereka tiada mood untuk belajar. Pelajar seperti ini layak dikategorikan sebagai 'kurang ajar'.



*Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalamanku sendiri sepanjang 5 tahun pengajian di sebuah SBP di Perak. Gunakanlah ia sebagai iktibar dan jangan pula menjadikannya sebagai contoh terbaik untuk adik-adik ponteng sekolah. Ilmu amat penting bagi kita demi menjamin masa depan yang bahagia. Oleh itu, hargailah ilmu yang diberikan. Perolehi lah ia selagi ia mendatangkan manfaat kepada anda. Jangan sia-siakan ilmu yang diberi. Jika tidak, kelak musibah menimpa diri. Renung-renungkan. :)



-life without knowledge is meaningless-

Tuesday 10 January 2012

Kini Baru Ku Faham !

Sedang aku sibuk membelek-belek Facebook, bapaku menegurku sebab terlalu lama ber"FB". "Kau laie ponting an kawan dari tolong ibu buek kojo umah kan? Apo lah yang dapek kawan kau tu tolong kalau kau susah?". Ayatnya agak menyentuh perasaanku lalu mendorong aku untuk berfikir sejenak. Akhirnya, aku dapat buat satu konklusi :


Kawan :

KAWAN yang berkongsi gelak tawa dengan aku memang ramai. Tapi waktu aku susah, tak ada seorang pun yang turut sama berkongsi kesusahan dengan aku. Saat aku rindukan diorang, pernah ke diorang rindukan aku? Pernahkah diorang membayangkan apa yang terjadi padaku di saat aku tidak ada bersama-sama dengan diorang? Jawapannya tidak. Ketika berpisah, kawan akan mula untuk melupai aku. Dan itulah namanya kawan.


Sahabat :

SAHABAT lebih rapat daripada kawan. Sahabat mampu memahami perasaanku, namun sahabat tidak mampu berada di sisiku setiap masa dan menjaga kebajikanku. Sewaktu aku susah, sahabat akan berusaha menenangkanku, tapi sahabat tak mampu memberi sesuatu yang sangat bernilai. Cukuplah sekadar erti persahabatan yang kekal menjadi kenangan buat selama-lamanya. Di saat aku tiada, akan ada sahabat yang merinduiku tetapi bukannya semua. Sahabat yang merinduiku pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila terpisah melainkan hanya mampu tegur-menegur di Facebook. Itulah namanya sahabat.


Kekasih :

KEKASIH lebih memahami perasaan ku berbanding sahabat. Itupun hanya terjadi jika kekasihku benar-benar ikhlas untuk berkasih denganku. Kekasih lebih mengambil berat tentang diriku berbanding kawan dan sahabat. Namun begitu, kala aku dalam kesusahan, belum tentu kekasihku dapat memberikan yang terbaik untuk membahagiakanku. Kekasih hanya akan lakukan apa yang terdaya. Jika tidak pun, kekasih akan pergi meninggalkanku lalu pergi mencari orang lain yang berpotensi untuk tidak menyusahkannya. Itulah namanya kekasih.


Saudara-mara :

SAUDARA-MARA mempunyai hubungan yang lebih rapat daripada 3 kategori di atas. Namun, kenyataannya saudara-mara belum tentu boleh membantu aku jika aku berada dalam kesusahan. Lebih banyak perkara penting yang perlu mereka ambil berat seperti anak-anak, budget harian keluarga, dan hal-hal kerja. Tidak akan ada masa bagi mereka untuk melayan kerenahku yang tak seberapa ini. Itulah namanya saudara-mara.


Ibu Bapa :

IBU BAPA adalah yang paling rapat berbanding semua kategori di atas. Tatkala aku dalam kesusahan, ibu bapalah yang sanggup bergadai harta dan nyawa bagi memastikan anaknya berjaya. Dan tidak akan ada orang yang mampu berbuat sedemikian kepadaku melainkan ibu bapa yang melahirkanku serta mendidikku dari kecil sehingga besar. Di saat aku tiada, merekalah yang paling bimbang akan keselamatan diriku dan tidak akan ada kawan, sahabat, kekasih, mahupun saudara-mara yang berperasaan sedemikian. Kini aku sedar, aku tak mampu nak balas segala jasa ibu bapaku walau dengan apa jua cara sekalipun. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa besar pengorbanan seorang ibu mahupun ayah dalam mendidik anaknya.





KONKLUSI : Tidak ada insan yang lebih mengambil berat tentang diriku melainkan ibu dan bapaku. Kawan-kawan, sahabat, kekasih, mahupun saudara-mara hanya mampu memberikan semangat namun tidak mampu mencurahkan apa-apa yang lebih baik lagi berbanding ibu bapa demi memastikan aku berjaya. Ingatlah, kasih kawan hanya di dunia, kasih ibu bapa membawa ke syurga. Wassalam.


p/s : hayati dan renung-renungkanlah.



-luahan isi hati XZ77-

Monday 9 January 2012

THANK YOU SOOOO DAMN MUCH BRO !

the moment is still fresh in my mind ! he gave me spirit not to give up in my life when i had give up for SPM ! he forced me to study chemistry but i ignore him . he talks by himself in front of me and i stared at his face ! no sign of despair on his face ! he just wanted to help me success in my life ! but i didn't listen to him ! i switch on my PHILIPS MP3 and place the headphones to my ears ! he kept teaching me and suddenly he pulled off the audio jack from my MP3 . the only thing he want is : Hafidz scores A+ in chemistry ! on the Chemistry day, i'd failed to make him happy ! i handed in an almost-blank answer booklet to the invigilators ! i'm sorry for disappointing you, Ayie ! please accept my apology ! thanks for everything you had done to make me success in my life ! i'll remember you FOREVER ! :(



Wednesday 4 January 2012

Kerja Oh Kerja ! Adoiyai !

hyee ! harini nak cakap pasal kesusahan nak cari kerja selepas SPM ! agak susah la nak cari kerja selepas SPM ni ! haritu dah apply kat kfc dengan 7e tapi tunggu punye tunggu, tak dapat2. So, aku decide nak try apply lagi kat beberapa tempat kat Tanjung Malim. Kalau tak dapat jugak, memang aku hentam lagi lah mana-mana supermarket ataupun kedai2 serbaneka kat Malaysia ni ! haihh !



Semalam aku ronda2 pekan Tanjung Malim untuk cari kerja and dapatla apply dekat 3 tempat. Kedai biase2 je. Ingatkan nak apply jadi doktor kat Poliklinik Bakti Aminin, tapi bile fikirkan balik markah Biology, nak tergelak pun ada ! ngeh3.. Yang paling membuatkan darah aku menyirap bila aku isi borang kat Al-Ikhsan. Lepas aku isi borang tu, ade la sorang akak chomey tolong semakkan borang aku tuh. Setakat semak takpela lagi, aku pun fahamlah die nak pastikan semua butiran lengkap diisi. Yang buat aku sakit hati bila die semak kat kolum "Butiran Sekolah" . Ade ke patut die tanye Sekolah Tuanku Abdul Rahman tu kat mane? chehh ! tak sangka aku sekolah yang aku banggakan selama ini rupanya tak dikenali umum ! Ataupun mungkin jugak akak tu memang berpengetahuan sempit ! haha !




whuteva larh ! Yang penting, harini aku nak pergi sambung cari kerja lagi ! Aku ingatkan senang lah nak kerja. Rupanya susah jugak eak. Betullah bapak aku selalu cakap. "Waktu kau kocik, duit sumo mintak yo kek mak pak. Sonang yo. Apo dimintak, dapek. Kau dah bosa, cubo an caghik duit kau sendighi ! Nengok la susah ko sonang? Jam tu baghu kau kona joghih poghih oghang tuo caghik an duit!". Memang susah ! haihh!


Hire Me, Please !