Missing Them

Missing Them
:)

Thursday 9 June 2011

CERITA PELIK DARI MATAHARI...!!!!

Bacalah ceritera dari angkasa lepas





Satelit komunikasi dan janakuasa tenaga Bumi mungkin mengalami gangguan operasi selama beberapa hari kerana terdapat nyalaan api luar biasa di matahari, kata seorang pegawai Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Nyalaan itu akibat letusan kuat di matahari yang dikesan kelmarin berdasarkan imej kapal angkasa mini milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Imej itu menunjukkan letusan di matahari itu menghasilkan ribut radiasi medium yang tidak pernah disaksikan sejak 2006.

Menurut Perkhidmatan kaji Cuaca AS, radiasi itu akan mencetuskan aktiviti ribut geomagnetik yang bermula semalam.

"Anda boleh melihat semua benda meletus dari matahari dan ia sesuatu yang amat menakjubkan untuk dilihat," kata Penyelaras Program Pusat Ramalan Kaji Cuaca Angkasa Lepas, Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan AS, Bill Murtagh. -AFP


Disalin dan diadaptasi daripada akhbar Kosmo! keluaran 9 JUN 2011

1 comment:

  1. sejak bila kau tertarik dengan matahari ni ? HAHA

    ReplyDelete