Missing Them

Missing Them
:)

Saturday 24 December 2011

It's not only about a jelly belly..!!haha

Aku mempunyai ramai rakan di sekolah. Namun, dalam ramai-ramai rakanku, takkan ada yang sama dengan rakanku yang seorang ini. Beliau sudah tidak asing lagi dalam STAR Youth Orchestra (SYO) malah diberi kepercayaan untuk mengepalai pemain-pemain French Horn. Ya, itulah dia insan yang bernama Tuan Muhammad Iqbal bin Tuan Bazly atau lebih dikenali dengan gelaran "Iba" dalam kalangan rakan-rakan.


Tuan Iqbal


Mempunyai kehebatan yang sama taraf dengan Riza Iskandar (Lagenda French Horn SYO 2009), Iba tidak pernah mengecewakan guru penasihat SYU SYO. Malah, beliau sentiasa memberikan yang terbaik untuk SYU SYO. Selain itu, Iba juga diberikan kepercayaan oleh para warden dan para guru untuk menggalas tugas sebagai pengawas sekolah dan beliau berjaya membuktikan bahawa beliau mampu memberikan kerjasama yang terbaik walaupun dalam masa yang sama beliau harus bergiat aktif dalam SYU SYO. Walaupun banyak tugasan, namun Iba tidak pernah menunjukkan kemerosotan dalam pelajarannya. Beliau sering memperoleh kedudukan yang tinggi dalam setiap peperiksaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau berjaya menempatkan dirinya di dalam kelas yang pertama sewaktu perolahan kelas mengikut streaming class. Bagi pelajar lain, mereka amat mengagumi kewibawaan Iba dalam apa jua aktiviti yang disertainya.





Iba bukanlah seorang yang aktif bersukan. Maka itu, beliau selalu ditertawakan oleh rakan-rakan ketika beliau turun bersukan pada waktu petang. Namun, jauh di sudut hati beliau tidak ada sedikit pun perasaan terguris hingga menyebabkan beliau berputus asa untuk bersukan. Beliau akan tetap bersukan dalam apa jua cara sekalipun asalkan kesihatan tubuh badannya terjaga.




Beliau amat meminati dan taksub akan band muzik MUSE. Jika ditanya bagaimanakah lagu Exo-Politics, beliau boleh menyanyikannya daripada awal sehingga tamat. Walaupun beliau tidak tahu bermain gitar, namun semangat yang ada pernah memaksanya untuk belajar bermain gitar bass suatu ketika dahulu. Hingga kini, usahanya untuk mempelajari ilmu gitar bass tidak diketahui tahapnya. Mungkin juga sudah mengatasi kehandalan Christopher Wolstenholme (bassist MUSE).




Semoga Tuan Iqbal (Iba) berjaya mencapai apa yang diimpikan dalam hidupnya dan tidak mudah berputus asa. Ingatlah bahawa hidup kita di dunia hanyalah sementara dan kita haruslah berusaha mencari kehidupan hakiki yang sejahtera di akhirat sana dan janganlah sekali-kali engkau berlaku mungkar yang membawa engkau masuk ke dalam neraka Jahannam. (macam ustaz lah pulak)






Itulah dia sedikit sebanyak info tentang Tuan Muhammad Iqbal (Iba) yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang baru sahaja menamatkan pengajian selama lima tahun di STAR. Marilah sama-sama kita layan gambar-gambar beliau di bawah ini....


Jambunya...!! Aduhh..!! Haha..!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Apo ni..??? Haihhh....


-EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING-

2 comments: