Missing Them

Missing Them
:)

Saturday 24 December 2011

NO ONE'S GONNA TAKE US ALIVE..!!

That's what Matt Bellamy said while performing "Knights of Cydonia" at Wembley Stadium on 2007.. It's such an awesome song to sing along..haha.. And today, I would like to introduce you all with some of my friends.. For a better understanding, I would rather like to write in Malay...hahaha..(ayat biasa sewaktu assembly)

Ok..sekarang, kita pergi kepada rakan saya yang pertama...:-

Hazwan Afiq


Hazwan Afiq (Atan) merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya selama lima tahun di STAR. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber di sekolah. Memegang jawatan sebagai Ketua Rumah Hitam, sudah semestinya Atan merupakan seorang pengawas yang sangat dihormati di kalangan ahli rumah Hitam. Beliau mempunyai peraturannya yang tersendiri dan barangsiapa ahli rumah Hitam yang melanggar peraturan yang telah ditetapkannya, denda akan menanti pelajar tersebut. Beliau juga sangat dikagumi oleh para guru di atas ketekunannya ketika menyiapkan tugasan yang diberi. Bukan itu sahaja, malah suaranya yang lunak dan merdu dapat memukau para pendengar. Antara persembahan beliau ialah sewaktu Majlis Persaraan Encik Zainudin bin Salim, Hari Guru dan juga Malam Sejuta Harapan. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang nyanyian sejak Tingkatan Dua. Beliau amat meminati band muzik MUSE dan ketaksuban beliau terhadap MUSE menyebabkan beliau sanggup memuat turun kesemua lagu MUSE ke dalam MP3nya. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menggiatkan diri dalam pasukan pancaragam sekolah agar beliau dapat memantapkan lagi ilmu tentang muzik. Semoga hasratnya untuk menjadi vokalis band muzik terkemuka Malaysia menjadi kenyataan.


Marilah sama-sama pula kita menjengah rakan saya yang kedua...:-


Amin Roslan


Amin Roslan (Tyga) merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya selama lima tahun di STAR. Beliau merupakan pelajar biasa namun, amat dikagumi oleh para guru di atas kebolehannya yang tidur sambil belajar. Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang aktif dalam sukan bolasepak. Beliau boleh bermain di pelbagai posisi. Antara posisi yang digemarinya ialah 'goalkeeper', 'striker', 'winger', 'midfielder', dan 'back'. Beliau juga pernah mewakili sekolah dalam pasukan bolasepak sekolah dan bermain di posisi pemain simpanan 'goalkeeper'. Beliau pandai bermain gitar bass dan kehandalannya bermain gitar bass sepantas Christopher Wolstenholme (bassist MUSE) memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau mula meminati bidang muzik sejak bangku persekolahan lagi iaitu di Tingkatan Lima. Beliau telah mempersembahkan kehebatan beliau sewaktu Majlis Hari Guru, dan juga Malam Sejuta Harapan. Di sekolah, beliau merupakan lagenda gitar bass selepas Khairuddin Khalil. Kini, Tyga berhasrat agar beliau dapat bermain gitar bass di dalam sebuah kumpulan band muzik terkemuka di Malaysia. Bersama-samalah kita doakan agar hasrat Tyga tercapai.


Kini kita beralih pula kepada rakan kita yang ketiga...:-


Aiman Aziz


Aiman Aziz (Manon / Anon) merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya selama lima tahun di STAR. Beliau dilantik menjadi pengawas di atas kebolehannya mentadbir dan mengawasi tindak-tanduk pelajar. Di samping itu, kecemerlangannya dalam bidang akademik juga meyakinkan para guru untuk memberikan beliau jawatan pengawas sekolah. Walaupun begitu, Manon tidaklah setegas Atan. Beliau seorang yang mudah didampingi yang mudah bergaul. Beliau amat disenangi rakan-rakan di atas sikapnya yang peramah. Beliau juga mempunyai senyuman yang menawan dan boleh memancing hati para wanita. Seorang yang kemas dari segi penampilan dan juga merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam bidang muzik sekali gus menjadikannya seorang yang romantik. Mula berjinak-jinak dalam bidang muzik sejak di sekolah rendah apabila mempelajari ilmu bermain gitar daripada bapa saudaranya (ada unsur-unsur penipuan di sini). Beliau mengetahui pelbagai jenis kord tidak kira augmented, dorian, mahupun mixolydian. Beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi pemain rhythm guitar bagi band muzik terkemuka di Malaysia suatu hari nanti. Semoga Manon dapat mencapai cita-cita yang dihajati suatu hari nanti.


Dan yang terakhir untuk post kali ini...:-


Hafiz Azizi


Hafiz Azizi (Le-Vai) merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya selama lima tahun di STAR. merupakan seorang murid biasa dan dikagumi oleh para guru atas kebolehannya tidur sewaktu guru mengajar dalam apa jua keadaan sekalipun. Nama beliau sentiasa meniti dari bibir ke bibir setiap guru yang mengajarnya dek kerana kemahirannya itu. Namun begitu, dalam senyap-senyap, Le-Vai merupakan seorang atlit yang berjaya. Kebolehannya berlari sepantas angin lalu amatlah digeruni oleh setiap individu yang mencabarnya untuk mengadakan perlawanan sprint. Beliau hampir memecah rekod lari pecut 100 meter namun masih tidak mampu mengalahkan Nor Fitri yang berjaya memecah rekod buat julung-julung kalinya selepas beberapa tahun. Le-Vai juga telah mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak Tingkatan Satu apabila beliau bermain percussion untuk pasukan pancaragam sekolah. Dan kini, beliau boleh bermain dram sehingga mencapai tahap Dominic Howard (drummer MUSE). Kehebatannya ini tidak boleh disangkal lagi apabila beliau memainkan lagu 'Hysteria', 'Plug In Baby', 'Newborn', dan 'Exo-Politics' tanpa henti sewaktu Malam Sejuta Harapan. Semoga harapannya untuk menjadi drummer band muzik terkemuka di Malaysia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.



Tamatlah coretan saya untuk hari ini. Semoga bertemu lagi di coretan yang lain pula. Bye..!

No comments:

Post a Comment