- Sakit perut
- Sakit kepala
- Demam (padahal badan tak panas langsung)
- Selsema teruk (walhal hanyalah selsema biasa)
- Sakit lutut
- Sakit tumit
- Sakit mata (sebenarnya mata merah disebabkan tak cukup tidur)
- Cirit-birit (sambil menunjukkan muka yang lemah dan tidak bertenaga kononnya
- Muscle pain
- Dan macam-macam lagi lah penyakit pelik-pelik berdasarkan kreativiti sendiri.
Dengan alasan yang dikemukan seperti yang dinyatakan di atas. Pelajar-pelajar yang malas bersekolah dengan mudah dapat ponteng sekolah. Setelah pulang dari klinik, mereka akan berehat di sickbay dan menunggu waktu persekolahan tamat. Apabila tiba waktu riadah, pelajar-pelajar yang tidak sihat inilah yang paling aktif bermain bola sepak ataupun ragbi di padang. Kebiasaannya hal-hal sedemikian berlaku terhadap pelajar-pelajar lelaki. Apapun, terdapat juga segelintir pelajar yang lebih berani untuk langsung tidak masuk ke kelas dan tidur di asrama. Apabila ditanya mengapa tidak mahu ke kelas, mereka akan mengatakan bahawa hari ini mereka tiada mood untuk belajar. Pelajar seperti ini layak dikategorikan sebagai 'kurang ajar'.
*Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalamanku sendiri sepanjang 5 tahun pengajian di sebuah SBP di Perak. Gunakanlah ia sebagai iktibar dan jangan pula menjadikannya sebagai contoh terbaik untuk adik-adik ponteng sekolah. Ilmu amat penting bagi kita demi menjamin masa depan yang bahagia. Oleh itu, hargailah ilmu yang diberikan. Perolehi lah ia selagi ia mendatangkan manfaat kepada anda. Jangan sia-siakan ilmu yang diberi. Jika tidak, kelak musibah menimpa diri. Renung-renungkan. :)
-life without knowledge is meaningless-
hye , virillion :) done follow yours , thnx for following mine :) add fb , ainur hawa samsuddin
ReplyDeletehaha . sori tak perasan ada orang comment rupenye . :3
Deleteboleh cuba ni untuk cuti sekolah hehe
ReplyDelete