Missing Them

Missing Them
:)

Tuesday 10 January 2012

Kini Baru Ku Faham !

Sedang aku sibuk membelek-belek Facebook, bapaku menegurku sebab terlalu lama ber"FB". "Kau laie ponting an kawan dari tolong ibu buek kojo umah kan? Apo lah yang dapek kawan kau tu tolong kalau kau susah?". Ayatnya agak menyentuh perasaanku lalu mendorong aku untuk berfikir sejenak. Akhirnya, aku dapat buat satu konklusi :


Kawan :

KAWAN yang berkongsi gelak tawa dengan aku memang ramai. Tapi waktu aku susah, tak ada seorang pun yang turut sama berkongsi kesusahan dengan aku. Saat aku rindukan diorang, pernah ke diorang rindukan aku? Pernahkah diorang membayangkan apa yang terjadi padaku di saat aku tidak ada bersama-sama dengan diorang? Jawapannya tidak. Ketika berpisah, kawan akan mula untuk melupai aku. Dan itulah namanya kawan.


Sahabat :

SAHABAT lebih rapat daripada kawan. Sahabat mampu memahami perasaanku, namun sahabat tidak mampu berada di sisiku setiap masa dan menjaga kebajikanku. Sewaktu aku susah, sahabat akan berusaha menenangkanku, tapi sahabat tak mampu memberi sesuatu yang sangat bernilai. Cukuplah sekadar erti persahabatan yang kekal menjadi kenangan buat selama-lamanya. Di saat aku tiada, akan ada sahabat yang merinduiku tetapi bukannya semua. Sahabat yang merinduiku pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila terpisah melainkan hanya mampu tegur-menegur di Facebook. Itulah namanya sahabat.


Kekasih :

KEKASIH lebih memahami perasaan ku berbanding sahabat. Itupun hanya terjadi jika kekasihku benar-benar ikhlas untuk berkasih denganku. Kekasih lebih mengambil berat tentang diriku berbanding kawan dan sahabat. Namun begitu, kala aku dalam kesusahan, belum tentu kekasihku dapat memberikan yang terbaik untuk membahagiakanku. Kekasih hanya akan lakukan apa yang terdaya. Jika tidak pun, kekasih akan pergi meninggalkanku lalu pergi mencari orang lain yang berpotensi untuk tidak menyusahkannya. Itulah namanya kekasih.


Saudara-mara :

SAUDARA-MARA mempunyai hubungan yang lebih rapat daripada 3 kategori di atas. Namun, kenyataannya saudara-mara belum tentu boleh membantu aku jika aku berada dalam kesusahan. Lebih banyak perkara penting yang perlu mereka ambil berat seperti anak-anak, budget harian keluarga, dan hal-hal kerja. Tidak akan ada masa bagi mereka untuk melayan kerenahku yang tak seberapa ini. Itulah namanya saudara-mara.


Ibu Bapa :

IBU BAPA adalah yang paling rapat berbanding semua kategori di atas. Tatkala aku dalam kesusahan, ibu bapalah yang sanggup bergadai harta dan nyawa bagi memastikan anaknya berjaya. Dan tidak akan ada orang yang mampu berbuat sedemikian kepadaku melainkan ibu bapa yang melahirkanku serta mendidikku dari kecil sehingga besar. Di saat aku tiada, merekalah yang paling bimbang akan keselamatan diriku dan tidak akan ada kawan, sahabat, kekasih, mahupun saudara-mara yang berperasaan sedemikian. Kini aku sedar, aku tak mampu nak balas segala jasa ibu bapaku walau dengan apa jua cara sekalipun. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa besar pengorbanan seorang ibu mahupun ayah dalam mendidik anaknya.





KONKLUSI : Tidak ada insan yang lebih mengambil berat tentang diriku melainkan ibu dan bapaku. Kawan-kawan, sahabat, kekasih, mahupun saudara-mara hanya mampu memberikan semangat namun tidak mampu mencurahkan apa-apa yang lebih baik lagi berbanding ibu bapa demi memastikan aku berjaya. Ingatlah, kasih kawan hanya di dunia, kasih ibu bapa membawa ke syurga. Wassalam.


p/s : hayati dan renung-renungkanlah.



-luahan isi hati XZ77-

No comments:

Post a Comment