Missing Them

Missing Them
:)

Saturday 21 January 2012

Once Upon A Time ...

Harini nak citer sikit pasal zaman kecik-kecik dulu . Sedang aku asyik maen FB, tetibe je teringat-ingat zaman budak-budak dulu . Bukan aku sahaja, malah aku percaya semua kanak-kanak pun sama . haha . Bila dah besar, kelakar pulak rasanya . haihh . Antara benda-benda yang selalu budak-budak buat sewaktu kecil :



Sakit Perut :

Bila perut memulas nak terb*rak, kebiasaannya budak-budak akan menyorok di penjuru rumah dan langsung tidak bercampur dengan orang lain. Di saat ini, budak-budak akan cuba sedaya upaya mereka untuk tahan tahi najis daripada terkeluar. Sehingga satu tahap, si budak-budak akan secara tiba-tiba menggigil sendirian . aku ingat aku je macam ni. Rupa-rupanya sekarang pun masih ada berlambak budak-budak yang berperangai macam ni. Hahahahahaha



Tengok Ultraman :

Budak-budak mudah terpengaruh dengan cerita Ultraman. Selalunya apabila watak Ultraman di dalam TV bertarung dengan raksasa, budak-budak akan turut sama mengeluarkan sound effects sebagai simbolik menyokong Ultraman membanteras makhluk asing. Bila dah habis cerita, budak-budak akan bingkas bangun dan melakonkan semula gaya dan perbuatan Ultraman menentang makhluk asing. Sekarang ni pun masih berlambak budak-budak berperangai sedemikian.



Keropok Bika :

Kalau dapat keropok Bika, memang budak-budak akan happy tahap nak terjun sungai lah katakan. Punya lah seronoknya dapat keropok berharga 3 kupang tu macam menang trofi lumba lari 3000 meter berhalangan.
Lepas tu makan tak sampai 5 minit pun dah habis. Bila dah habis, budak-budak akan pujuk mak bapak untuk belikan lagi keropok Bika untuknya. Kalau mak bapak tak nak belikan, budak-budak akan merajuk. begitulah seterusnya. Macam-macam. Haihh.



Duit raya :

Kalau budak-budak dapat duit raya, biasanya akan dicanang seluruh kampung bahawa dia dapat duit raya. Padahal RM1 je. Takdelah banyak mana. Kemudian, budak-budak akan mengumpulkan seluruh sahabat handainya dan bergerak secara rombongan untuk mengutip duit raya dari rumah ke rumah tanpa perasaan segan silu. Lepas letih bekerja keras seharian, budak-budak ini akan pulang ke rumah masing-masing dan mengira duit raya yang dikumpulkan. Pada keesokan hari, mereka akan membandingbezakan jumlah wang terkumpul yang berada dalam tangan mereka. Wang-wang itu kemudiannya akan digunakan untuk beli mercun ataupun bunga api. Hahahaha



Tonton gusti :

Budak-budak memang suka menonton rancangan gusti. Antara ahli gusti yang terkenal pada masa dahulu ialah The Rock, Hulk Hogan, Big Show, Brock Lesnar, Chris Benoit, Rey Mysterio 619, dan macam-macam lagi lah. Budak- budak akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang ditonjolkan lalu mendorong mereka untuk melakukan aksi sama di rumah walaupun telah diberi amaran : Please, don't try this at home. Tapi biasa lah. Nama pun budak-budak kan. Sentiasa suka mencuba sesuatu yang baru. Kebiasaannya, katil akan dijadikan arena gusti mereka bersama-sama adik-adik ataupun saudara-mara. Selagi tak patah, selagi itulah mereka bergusti. Bila dah patah, masing-masing berdiam diri. Macam-macam lah skill yang pelik-pelik akan ditonjolkan oleh budak-budak semasa bergusti. Hahahaha.




Segelintir daripada remaja masa kini kerap kali melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan di atas. Hahahaha. Namun, hal-hal di atas adalah normal bagi kanak-kanak yang membesar. Tapi, kalau dah jadi bapak orang pun masih berperangai sedemikian, maknanya mentalnya ada sikit loose lah tu. Hahahaha. Renung-renungkan.



Imagination helps us to stay alive :)
-xz77-

No comments:

Post a Comment